Cari @ Amanz

VLC Media Player merupakan salah satu pemain media yang digunakan ramai seluruh dunia, termasuk Malaysia. Setelah kami sebelum ini melaporkan mengenai VLC 2.0 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, kini ia disahkan, yang mana pemain media sumber terbuka ini bakal dilancarkan kepada umum, iaitu pengguna Windows dan juga Max OS X pada minggu ini, membawakan pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya.

Melalui VLC 2.0 yang bakal dilancarkan itu, ia membawakan kemaskii antaramuka baru, sokongan Blu-Ray yang semakin menjadi popular, beroperasi dengan lebih lancar, sera beberapa fungsi baru padanya.

Senarai penuh sokongan baru padanya dijangka akan diumumkan oleh pembangunnya pada pelancarannya kelak. Sementara itu, mungkin bagi yang tidak sabar, boleh menguji versi pembangunannya hari ini. Namun, dengan pelancarannya yang semakin hampir, mungkin anda boleh menantikan versi stabilnya dalam beberapa hari lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd