Pengambil-Alihan Motorola Mobility Oleh Google Diluluskan Oleh AS Dan EU

Pengambil-Alihan Motorola Mobility Oleh Google Diluluskan Oleh AS Dan EU

Diterbitkan pada Feb 14, 2012 oleh .

Akhirnya, setelah pengumuman pihak Google untuk membeli Motorola Mobility sebelum ini, kini pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan juga Eropah telah pun mengesahkan dan membenarkan perkara tersebut, membolehkan Google membeli Motorola Mobility pada harga $12.5 billion.

Menurut Google, berbanding dengan aset milik Motorola Mobility, pembelian syarikat berkenaan adalah lebih kepada pemilikan paten dan hak cipta yang dimiliki oleh Motorola Mobility yang serba sebanyak akan membantu platform Android, serta melindungi pengeluar peranti berasaskan Android.

Sebelum ini, beberapa saman dikemukan ke atas pengeluar peranti Android disebabkan pelanggaran beberapa hak cipta. Mungkin dengan adanya paten-paten dan hak cipta daripada Motorola Mobility ini, pengeluar peranti tersebut akan lebih dilindungi, sekaligus membolehkan Google mengeluarkan peranti berjenama sendiri dengan lebih mudah lagi.


TIPS & ULASAN