Apple Diperkatakan Akan Melancarkan iPad Pada 8 Mac?

Apple Diperkatakan Akan Melancarkan iPad Pada 8 Mac?

Diterbitkan pada Feb 14, 2012 oleh .

Salah satu tablet yang dinantikan pada tahun ini adalah iPad 3 daripada pihak Apple, yang bakal membawakan pelbagai kemaskini dan perkara baru padanya. Walaupun ia masih tidak diketahui secara rasminya, bilakah ianya akan dilancarkan, kini ura-ura terkini memperkatakan iPad 3 bakal dilancarkan pada 8 Mac kelak. Perkara ini dilaporkan oleh iMore, dan turut dipersetujui oleh laman The Loop.

Ia disasarkan untuk pelancaran pada 7 Mac pada waktu Amerika Syarikat, yang mana masa pelancarannya yang mungkin jatuhnya pada tarikh 8 Mac di Malaysia. Info-info berkenaan dengan sokongan baru yang bakal dibawakan bersama-sama dengan iPad generasi baru tersebut masih tidak diketahui sepenuhnya dan masih kekal misteri.

Antara perkara yang diperkatakan akan dibawakan olehnya, termasuk cip pemprosesan baru padanya – cip empat-teras? Bersama-sama dengannya, ia juga dilaporkan bakal membawakan sokongan grafik yang lebih tinggi, dan paparan skrin yang lebih jelas.


TIPS & ULASAN