Nampaknya, DiGi sekali lagi menjadi yang terawal menawarkan tablet Samsung Galaxy Tab 7.7 yang dinantikan ramai, dimana mereka telah pun mengemaskini halaman jualannya di DiGi Store Online, membolehkan para pengguna membuat tempahan serta-merta bermula daripada hari ini.
Galaxy Tab 7.7 dilihat membawakan harga jualan pada RM2299 di Malaysia. Namun, bagi mereka yang ingin berjimat, mereka boleh mendapatkannya pada harga serendah RM1549 daripada DiGi. Tetapi, seperti sedia maklum, tertakluk kepada kontrak dan komitmen bulanan daripada DiGi, iaitu samaada kontrak selama 12 atau 24 bulan, dengan komitmen bulanan sebanyak RM48 atau RM68 sebulan.
Selain daripada DiGi, peranti ini juga dijangka akan ditawarkan daripada pengedar rasmi Samsung seluruh negara bermula hari Jumaat ini.
Kemaskini : DiGi telah mengemaskini halaman jualan, dimana kini ia ditawarkan pada harga RM1399.