Paparan Awal BlackBerry 10 Mula Kelihatan Dengan Sokongan Widget

Paparan Awal BlackBerry 10 Mula Kelihatan Dengan Sokongan Widget

Diterbitkan pada Feb 14, 2012 oleh .

Dibawah tekanan hebat daripada pesaing-pesaing dan pengeluar peranti pintar yang lain, Research In Motion sedang memfokuskan kepada pembangunan BlackBerry 10, iaitu platform terbaru daripada RIM, yang bakal didatangkan bersama-sama peranti baru mereka pada tahun ini. Dan menariknya, kini, beberapa paparan awal platform tersebut sudah pun mula kelihatan, yang boleh diperkatakan sebagai versi pembangunan BlackBerry 10.

Melalui paparan yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana BlackBerry 10 kelak akan membawakan sokongan widget pada skrin utama, membolehkan para pengguna mengakses aplikasi kegemaran mereka dengan pantas. Ikon juga kelihatan seperti diberikan nafas baru, yang mana lebih menarik dan kemas berbanding sedia ada. Ia juga kelihatan, BlackBerry 10 membawakan sokongan video chat dan sebagainya, selain butang panggilan, carian dan kamera diletakkan pada bahagian bawah skrin.

Ini boleh diperkatakan sebagai rekabentuk awal untuk BlackBerry 10, dan mungkin lebih banyak info berkaitan dengannya akan kelihatan dari semasa ke semasa.


TIPS & ULASAN