Cari @ Amanz

Salah satu permainan terkemuka yang dikenali hampir setiap pengguna telefon pintar seluruh dunia adalah Angry Birds. Dan akhirnya, seperti yang dilaporkan sebelum ini, hari ini Angry Birds telah pun dilancarkan pada platform Facebook, membolehkan para pengguna Facebook memainkan permainan ini terus pada laman sosial terkemuka itu.

Melaluinya, ia membawakan permainan yang lebih kurang sama seperti pada platform lain. Tetapi diintegrasikan dengan pelbagai ciri-ciri sosial, dan turut membolehkan para pengguna membeli beberapa perkara seperti kuasa, burung-burung yang lebih berkuasa dan sebagainya.

Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh melayari halaman permainan Angry Birds pada Facebook hari ini, dan mula memainkannya bersama-sama rakan-rakan anda yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd