(Video) Nyah-Kotak Nokia Lumia 800

(Video) Nyah-Kotak Nokia Lumia 800

Diterbitkan pada Feb 14, 2012 oleh .

Seperti semua sedia maklum, Nokia Malaysia bersama-sama dengan Microsoft Malaysia telah pun melancarkan peranti Windows Phone daripada Nokia, iaitu Nokia Lumia 800 dan juga Nokia Lumia 710 pada minggu lepas. Menariknya, dua pembaca Amanz, iaitu Firdaus Ariff dan juga Robotys telah pun mendapat set pembangun khas daripada pihak Nokia, dan telah menyediakan sebuah video nyah-kotak khas kepada para pembaca Amanz.

Di Malaysia, peranti Nokia Lumia 800 dijual pada harga RM1650, manakala Nokia Lumia 710 pada harga RM999. Para pengguna yang ingin mendapatkannya pada harga yang lebih murah, boleh mendapatkannya melalui komitmen bersama-sama dengan syarikat telekomunikasi terpilih, termasuk Maxis, DiGi dan juga Celcom.


TIPS & ULASAN