Carian
Twitter Mengaktifkan Sokongan HTTPS Untuk Semua Akaun
February 14, 2012 Aman

Dengan sekuriti yang makin menjadi masalah utama setiap hari, kini pihak Twitter memperkenalkan sokongan HTTPS kepada semua pengguna, dengan mengaktifkannya untuk semua, berbeza dengan sebelum ini, yang mana memerlukan para pengguna mengaktifkannya sendiri, meninggalkan ramai pengguna dengan kurang pengetahuan IT, tidak mengaktifkan fungsi tersebut.

Dengan mengaktifkan HTTPS, ia membolehkan penggunaan Twitter anda lebih selamat, lebih terutama sekali apabila anda menggunakan rangkaian terbuka, seperti WiFi awam dan sebagainya.

Namun, bagi mereka yang tidak inginkan sokongan HTTPS ini diaktifkan, anda masih boleh menutupnya. Walaubagaimanapun, HTTPS merupakan salah satu kaedah yang menarik, dan lebih baik ianya diaktifkan untuk anda.

Komen