Dalam memudahkan para pengguna Google+ menemui rakan-rakan baru, serta menjemput rakan-rakan mereka menyertai laman sosial daripada Google itu, kini Google memperkenalkan kemaskini antaramuka untuk halaman Google+ Circles. Beberapa fungsi baru turut didatangkan bersama-sama dengannya.
Melalui kemaskini baru ini, ia mengantikan halaman Google+ Circles yang memanjang sebelum ini, dengan menyertakan menu pada bahagian kiri. Selain daripada itu, ia turut didatangkan dengan sokongan untuk skrin kecil.
Pada masa yang sama, ia turut menyertakan menu khas untuk menjemput rakan-rakan anda daripada alamat emel, samada menggunakan Yahoo! Mail, Hotmail, ataupun mengimport alamat emel secara manual.
Untuk mereka yang ingin menemui rakan-rakan baru juga, Google+ Circles lebih dioptimasikan, membolekan para pengguna menemui rakan-rakan baru dengan lebih mudah berbanding sebelum ini.
Jadi, adakah ini akan membantu Google untuk terus menambahkan bilangan pengguna mereka?