Terdapat Lebih Daripada 500,000 Orang Penulis Blog Di Malaysia

Terdapat Lebih Daripada 500,000 Orang Penulis Blog Di Malaysia

Diterbitkan pada Feb 14, 2012 oleh .

Nampaknya, industri blog tanah-air terus berkembang dari hari ke hari, dimana hari ini, pada acara Minggu Media Sosial 2012 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, angka penulis blog di Malaysia dikongsikan, dimana diperkatakan, terdapat lebih daripada 500,000 orang penulis blog di Malaysia pada masa sekarang ini.

Namun, angka penulis yang aktif menulis dan berkongsi idea mereka bersama yang lain masih tidak diketahui. Memandangkan terdapat pelbagai platform digunakan, termasuk Blogger, WordPress.com dan sebagainya, angka yang tepat untuknya amat sukar untuk diketahui.

Walaubagaimanapun, angka 500,000 merupakan salah satu angka yang besar, dan mungkin ianya merupakan salah satu sebab mengapa kini banyak organisasi yang mula memberikan perhatian kepada medium blog, selain menghasilkan blog organisasi mereka tersendiri.


TIPS & ULASAN