Cari @ Amanz

Aplikasi Pejabat Sumber Terbuka – LibreOffice 3.5 Dilancarkan

Oleh Aman

Link Copied!

LibreOffice merupakan salah satu alternatif kepada Microsoft Office, dimana pembangunnya adalah daripada bekas kumpulan pembangun OpenOffice, yang memulakan langkah baru selepas Sun Microsystem yang menaungi pembangunan OpenOffice diambil-alih oleh Oracle. Dan kini, LibreOffice 3.5 telah pun dilancarkan secara rasminya untuk Linux, Mac OS X dan juga Windows.

Melalui LibreOffice 3.5, ia terus membawakan peningkatan kestabilan aplikasi pejabat tersebut, selain membawakan beberapa perkara baru padanya. Ia didatangkan dengan empat aplikasi terbina, iaitu Writer (alternatif Word), Calc (alternatif Excel), Impress / Draw (alternatif PowerPoint) dan juga Base (alternatif Access).

Setiap satu aplikasi didatangkan dengan penambahan tersendiri, seperti sokongan typografi yang lebih baik lagi untuk Writer, sokongan mengimport fail dari format lain, terutamanya Microsoft Office dengan lebih baik lagi, dan beberapa penambahan lain secara keseluruhan.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan dan menggunakan aplikasi pejabat percuma dan sumber terbuka, mungkin anda boleh mendapatkan LibreOffice 3.5 hari ini, dan mula menggunakannya sebagai alternatif kepada perisian pejabat berbayar yang lain.


Komen ()