Cari @ Amanz

Photobomb? Anda Bakal Boleh Mengatasinya Melalui Aplikasi Scalado Remove

Oleh Aman

Link Copied!

Kadangkala, apabila merakamkan gambar di tempat yang dipenuhi orang ramai, ianya agak sukar untuk mendapatkan gambar yang cantik, dan bebas daripada menyertakan orang lain didalam gambar tersebut. Namun, mungkin masalah tersebut akan diatasi tidak lama lagi dengan pengenalan aplikasi Scalado Remove.

Melalui Scalado Remove, ia memfokuskan kepada objek-objek yang tidak diperlukan dan bergerak, dan memberikan pilihan kepada pengguna untuk membuangnya. Berkemungkinan pada masa yang sama, ketika merakamkan gambar, Scalado juga mungkin merakamkan beberapa rakaman yang lain. Namun, teknologi disebaliknya masih tidak diberitahu buat masa ini.

Scalado dijangka akan memperlihatkan aplikasi Scalado Remove ini kepada semua pada Mobile World Conference pada penghujung bulan ini, dan mungkin ianya akan dilancarkan dalam tempoh yang lebih kurang sama.

Terima kasih Siti.


Komen ()