Google Drive semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini, dan kini, melalui pautan Google Cache, halaman utama Google Drive mula kelihatan, dimana menggunakan rekabentuk halaman log masuk Google Docs padanya, dengan menyertakan info berkaitan dengan storan dokumen-dokumen padanya.
Sehingga kini, informasi berkaitan dengan Google Drive masih lagi samar-samar dengan Google masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya. Ia diperkatakan, Google Drive bakal memberikan saingan kepada Dropbox, Box.net dan perkhidmatan seumpama dengannya, dimana akan didatangkan bersama-sama dengan sokongan sync padanya.
Sebelum ini, ia telah pun diperkatakan yang mana Google Drive bakal dilancarkan dalam beberapa minggu lagi. Jadi, persoalannya sekarang, adakah Google Drive merupakan penjenamaan semula untuk Google Docs, ataupun sebuah perkhidmatan baru sepenuhnya?