Google DNS Kini Menerima Permintaan Lebih 70 Billion Kali Sehari

Google DNS Kini Menerima Permintaan Lebih 70 Billion Kali Sehari

Diterbitkan pada Feb 15, 2012 oleh .

Sejak daripada penutupan beberapa laman perkongsian oleh SKMM, penggunaan Google DNS di Malaysia semakin meningkat popular. Perkhidmatan Google DNS telah pun diperkenalkan oleh Google sejak Disember 2009, dan hari ini, Google secara rasminya mengumumkan yang mana perkhidmatan DNS mereka itu adalah perkhidmatan DNS terbesar di dunia.

Pada masa sekarang ini, Google DNS menerima lebih daripada 70 billion permintaan setiap hari, dengan lebih 70% daripada penggunanya adalah hadir daripada luar Amerika Syarkat. Perkhidmatan ini juga dikatakan sedang meningkat popular di Asia.

Melalui Google DNS, ia membolehkan para pengguna mengakses internet dengan lebih pantas, dan mengatasi beberapa sekatan yang dikenakan oleh negara atau syarikat telekomunikasi mereka.

Bagi para pengguna Windows, OS X, ataupun Linux yang ingin menggunakan Google DNS, anda boleh merujuk kepada halaman khas yang disediakan oleh Google, dan mula menggunakannya hari ini.


TIPS & ULASAN