Photoshop Bakal Membawakan Fungsi Peka Kandungan Yang Lebih Baik

Photoshop Bakal Membawakan Fungsi Peka Kandungan Yang Lebih Baik

Diterbitkan pada Feb 15, 2012 oleh .

Adobe hari ini telah pun mengeluarkan video promosi mereka yang ke empat untuk Photoshop CS6 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Melalui video terbaru mereka ini, Adobe memfokuskan kepada fungsi mesra kandungan, membolehkan anda membuat lebih banyak perubahan dengan mudah berbanding versi sebelumnya.

Melalui demo yang diperlihatkan, Adobe menunjukkan yang mana, berbanding dengan versi sebelum ini, melalui Adobe Photoshop baru kelak, mereka akan membolehkan para pengguna memilih bentuk latar kandungan untuk fungsi Content Aware yang dibawakan padanya, berbeza dengan sebelum ini yang menarik daripada gambar dan imej yang berdekatan.

Selain daripada itu, salah satu fungsi menarik yang didatangkan padanya adalah menggunakan Photoshop dan fungsi Content Aware dalam mengalihkan sesuatu objek pada gambar, dimana pada masa yang sama tidak menjejaskan sebarang latar pada gambar tersebut.

Ini menjadi video ke empat daripada pihak Adobe, dan semestinya kita akan dapat melihat lebih banyak fungsi baru mereka daripada video-video baru pada minggu akan datang.


TIPS & ULASAN