Nokia Bakal Memperkenalkan Peranti Lumia Mampu Milik Pada MWC

Nokia Bakal Memperkenalkan Peranti Lumia Mampu Milik Pada MWC

Diterbitkan pada Feb 15, 2012 oleh .

Nampaknya, tidak lama lagi, Nokia akan menawarkan peranti Nokia Lumia yang lebih murah lagi, apabila kini diperkatakan Nokia bakal melancarkan peranti Nokia Lumia 610 pada acara tahunan MWC di Barcelona pada penghujung bulan ini. Spesifikasi telefon tersebut masih tidak diketahui buat masa ini.

Untuk makluman, Nokia Lumia 710 telah pun dilancarkan di Malaysia, membawakan harga sekitar RM999. Jadi, berkemungkinan kita akan dapat melihat harga yang lebih murah untuk Nokia Lumia 610, memandangkan mengikut strategi baru Nokia, mereka menyusun harga peranti mengikut pada angka versi setiap peranti.

Ia juga diperkatakan, Nokia Lumia 610 akan menggunakan Windows Phone Tango padanya. Berkemungkinan ianya dioptimasikan untuk peranti-peranti dengan spesifikasi kecil ataupun dengan beberapa fungsi terhad.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran Nokia Lumia 610 dan beberapa peranti lain daripada Nokia pada acara tersebut kelak.


TIPS & ULASAN