Proton Dan Yes Akan Membawakan Sokongan WiFi Dalam Kereta

Proton Dan Yes Akan Membawakan Sokongan WiFi Dalam Kereta

Diterbitkan pada Feb 15, 2012 oleh .

Sebelum ini, kami telah menjadi yang terawal melaporkan Yes dan Proton bakal memperkenalkan sesuatu yang baru pada 22 Februari kelak. Nampaknya, seperti mana semua sasarkan, perkara yang bakal dibawakan melalui kerjasama kedua-dua pihak ini adalah sokongan WiFi dalam kereta.

Perkara ini diketahui melalui fail berkenaan dengan Proton P3-21A yang tersebar di internet hari ini, memperlihatkan data-data menarik berkenaan dengan kereta daripada Proton yang bakal dilancarkan itu.

Melalui salah satu paparan slaid, ia memperlihatkan info berkaitan dengan Yes, dimana melaluinya ia akan membawakan sokongan internet yang dikuasakan melalui Yes Huddle, sekaligus membolehkan para pengguna menggunakan WiFi dalam kereta melaluinya.

Informasi seperti penggunaan tenaga dan sebagainya masih tidak diketahui. Mungkin segalanya akan terungkai dalam masa seminggu lagi, dimana Yes dan Proton mensasarkan suatu pengumuman khas pada 22 Februari ini.

Oleh: Fairuz Bakar


TIPS & ULASAN