Kemaskini PlayBook OS 2.0 Akan Diperkenalkan Pada 21 Februari?

Kemaskini PlayBook OS 2.0 Akan Diperkenalkan Pada 21 Februari?

Diterbitkan pada Feb 15, 2012 oleh .

Bagi para pengguna tablet daripada Research In Motion, iaitu BlackBerry PlayBook, semestinya salah satu perkara yang dinantikan pada bulan ini adalah kemaskini PlayBook OS 2 yang bakal membawakan pelbagai perkara bersama-sama dengannya. Kini, laporan awal mengatakan yang mana kemaskini tersebut akan diperkenalkan bermula daripada 21 Februari kelak.

Melalui kemaskini PlayBook OS 2.0, ia akan membawakan beberapa sokongan yang dinantikan, termasuk sokongan emel terbina, kalendar, dan beberapa lagi. Walaubagaimanapun, sokongan BBM tidak akan disertakan padanya. Pada masa yang sama, para pengguna PlayBook juga turut sama menantikan sokongan menjalankan aplikasi Android pada PlayBook. Namun masih tidak diketahui samada adakah ianya akan disertakan ataupun tidak.

Jadi, bagi para pengguna PlayBook, tandakan kalendar anda pada 21 Februari ini, dan bersedia untuk mengemaskini tablet anda itu.


TIPS & ULASAN