Cari @ Amanz

Sejak daripada tahun lepas, Celcom telah mula menawarkan pelbagai peranti baru melalui pelan dan pakej mereka, dan untuk memulakan tahun ini, mereka telah pun menambahkan peranti Samsung Galaxy Nexus dibawah pakej tawaran telefon pintar mereka, sekaligus membawakan peranti Android 4.0 Ice Cream Sandwich yang pertama kepada para pengguna tempatan.


Untuk makluman, Galaxy Nexus merupakan peranti utama untuk Android 4.0 daripada pihak Google hasil kerjasama bersama dengan Samsung, dimana melaluinya ia membawakan sokongan yang lebih pantas kepada peranti tersebut, sebelum kemaskini ataupun sebagainya diperkenalkan kepada peranti yang lain. Ini sekaligus menjadikan Galaxy Nexus merupakan antara peranti yang utama dalam keluarga Android.

Dari segi spesifikasi, Galaxy Nexus membawakan cip pemprosesan 1.2GHz dwi-teras, bersama-sama dengan skrin Super AMOLED HD bersaiz 4.65-inci padanya. Dari segi rakaman gambar, ia membawakan kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera 1.3-megapixel pada bahagian hadapan. Menariknya, bersama-sama dengan Android 4.0, ia membawakan sokongan merakamkan gambar tanpa masa henti (zero shutter lag).

Dari segi Android 4.0 pula, ia membawakan beberapa sokongan menarik, termasuk sokongan mengunci skrin menggunakan imej muka (Face Unlock), antaramuka Android yang diberikan nafas baru, sokongan multi-tasking yang lebih baik, serta pelbagai sokongan lain. Pada masa yang sama, Chrome untuk Android juga hanya menyokong Android 4.0 dan yang terkini sahaja.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh mendapatkannya melalui rangkaian telekomunikasi terbaik tempatan, iaitu Celcom, dimana melalui pakej yang ditawarkan anda boleh mendapatkan peranti Galaxy Nexus yang berharga RM2099 pada harga serendah RM1348. Ia dibawakan dalam dua pilihan pelan, iaitu Celcom Exec dan juga Celcom Biz.

Celcom menawarkan rangkaian telekomunikasi yang menyeluruh dan terluas di Malaysia, membolehkan anda menikmati penggunaan peranti Galaxy Nexus anda dengan lebih baik lagi, pada rangkaian yang amat pantas. Anda juga boleh menikmati panggilan video, suara, selain pada masa yang sama melayari internet, dan menggunakan aplikasi pada telefon pintar anda dengan stabil dan tanpa gangguan melalui rangkaian Celcom.

Penafian : Advertorial. Ini adalah artikel berbayar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd