Selain daripada keluarga Galaxy Tab yang didatangkan dalam pelbagai saiz, nampaknya, Samsung juga turut sama akan memperkenalkan peranti mereka, Galaxy Note yang didatangkan bersama stylus bernama S-Pen dalam beberapa pilihan saiz, bermula dengan saiz 10.1-inci yang bakal diperkenalkan pada MWC tahun ini.
Galaxy Note telah pun diperkenalkan oleh Samsung pada tahun lepas, dimana didatangkan dalam saiz 5.3-inci yang menerima permintaan yang tinggi. Melalui info yang kelihatan, ia menunjukkan Galaxy Note 10.1-inci bakal memfokuskan kepada beberapa industri, termasuk pendidikan, perancangan kewangan dan juga untuk melukis dan seni.
Info berkaitan dengan Galaxy Note 10.1 ini diperlihatkan oleh Samsung melalui kemaskini terkini pada blog mereka untuk acara Samsung Developer Day pada MWC kelak.
Aturcara Developer Day Yang Menyertakan Galaxy Note 10.1
Sebelum ini sendiri S-Pen telah mendapat perhatian daripada Samsung sendiri dengan membawakan sokongan SDK untuk membolehkan pembangun membangunkan aplikasi untuknya, dan Samsung sendiri pernah mengatakan mereka akan membawakan sokongan stylus tersebut kepada lebih banyak saiz skrin.
Jadi, adakah Galaxy Note 10.1 bakal mendapat perhatian berbanding dengan Galaxy Tab 10.1-?