Cari @ Amanz

Dalam memudahkan anda menguruskan kerja harian anda bersama kumpulan dan rakan sekerja, terdapat beberapa aplikasi berasaskan web yang ditawarkan. Jikalau sebelum ini kami memperkenalkan Trello, hari ini kami berkongsi akan lagi satu aplikasi berasaskan web dengan fungsi yang sama, iaitu Asana.

Melalui Asana, ia membawakan rekabentuk yang amat ringkas, dan membolehkan anda menguruskan segalanya terus melalui satu paparan sahaja, tanpa memerlukan anda membuka tetingkap yang lain dan sebagainya. Ia dibahagikan kepada tiga panel berbeza, dimana pada bahagian kiri sekali ia memperlihatkan nama organisasi atau kumpulan anda, dan pada bahagian kanan pula, senarai tugas yang anda perlu lakukan. Dan apabila anda klik pada senarai tugas yang anda perlu lakukan, ia akan membuka panel tambahan pada bahagian kanan dengan informasi berkaitan dengannya seperti tarikh yang perlu disiapkan, mereka yang terlibat dan sebagainya.

Berbeza dengan Trello, ia membawakan paparan yang lebih ringkas, dan memfokuskan kepada senarai perkara yang perlu anda lakukan.

Asana juga menggunakan pendaftaran menggunakan akaun Google, membolehkan anda menerima sebarang notifikasi dan sebagainya terus pada alamat emel anda. Para pengguna juga boleh menghasilkan pautan umum, dan membolehkan anda berkongsi bersama rakan-rakan anda dengan mudah.

Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh menguji Asana hari ini dalam menguruskan tugas harian anda mahupun kumpulan anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd