Vimeo Memperkenalkan Halaman Khas Untuk Video Berlesenkan Creative Commons

Vimeo Memperkenalkan Halaman Khas Untuk Video Berlesenkan Creative Commons

Diterbitkan pada Feb 15, 2012 oleh .

Creative Commons merupakan salah satu perlesenan kandungan internet yang digunakan secara meluas (Amanz turut sama menggunakan lesen Creative Commons). Melaluinya, ia membolehkan anda menggunakan lesen yang betul untuk kandungan anda, sekaligus membolehkan mereka yang ingin menggunakan kembali kandungan anda itu memahami sepenuhnya apakah yang perlu dilakukan mereka.

Menariknya, kini Vimeo turut sama memfokuskan kepada perlesanan ini, sekaligus memperkenalkan sebuah halaman khas untuk kandungan video pada laman mereka yang menggunakan lesen ini.

Mereka juga menyusun dengan kemas setiap video, mengikut lesen Creative Commons yang digunakan oleh setiap seorang penerbit video, sekaligus membolehkan hasil mereka digunakan oleh pihak lain, sekaligus membolehkan mereka memahami apakah setiap lesen Creative Commons itu bermaksud.

Walaubagaimanapun, untuk melihatnya, para pengguna perlu log masuk ke halaman Vimeo, dan mengaktifkan antaramuka baru laman tersebut, sebelum dapat mengaksesnya. Vimeo sendiri dijangka akan memperkenalkannya kepada semua tanpa perlu log masuk ke akaun Vimeo dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN