Pinspire Membawakan Fungsi Seumpama Pinterest Kepada Pengguna Malaysia

Pinspire Membawakan Fungsi Seumpama Pinterest Kepada Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Feb 15, 2012 oleh .

Laman Pinterest kini semakin mendapat perhatian daripada para pengguna antarabangsa, dimana melaluinya, ia membolehkan para pengguna berkongsi pelbagai perkara menarik bersama rakan-rakan mereka yang lain dengan mudah. Walaubagaimanapun, ia masih pada peringkat beta tertutup. Dan menariknya, dengan konsep serupa, kini laman Pinspire dilancarkan di Malaysia.

Pinspire dibuka kepada pendaftaran, membolehkan sesiapa sahaja yang mendaftarkan diri mereka kepada perkhidmatan tersebut. Aplikasi ini dibangunkan oleh Rocket Internet, yang mana sebelum ini telah menghasilkan beberapa laman klon perkhidmatan terkemuka, sekaligus menjualnnya kepada beberapa nama besar.

Pinspire juga bukan sahaja dilancarkan di Malaysia sahaja, tetapi pada masa yang sama turut dilancarkan di Indonesia, Singapura dan beberapa negara berhampiran pada waktu yang sama.

Jadi, bagi anda yang gemar berkongsi gambar, info dan sebagainya, mungkin anda boleh menggunakan laman Pinspire hari ini.


TIPS & ULASAN