Cari @ Amanz

Mungkin semua sedia maklum yang mana, di Malaysia sahaja terdapat puluhan laman tawaran harian seumpama Groupon, dimana setiap satunya menawarkan kelebihan masing-masing. Dan kini, mereka yang turut sama ingin menyertai industri ini, mungkin boleh berbuat demikian dengan kos yang lebih rendah, menggunakan WordPress dan juga plugin percuma dinamakan sebagai WP Deals.

WP-Deals dibangunkan oleh rakan senusantara, iaitu pembangun sama disebalik laman Tokokoo, dimana mereka menawarkan plugin tersebut secara percuma, membolehkan sesiapa sahaja membangunkan laman tawaran harian mereka, dengan mudah dan senang.

Jadi, bagi anda yang mempunyai idea yang unik, mungkin boleh menggunakannya dalam membangunkan laman tawaran harian anda hari ini. Namun, seperti diperkatakan pada awal artikel ini, terdapat puluhan (hampir lebih 50 laman tawaran harian) di Malaysia sahaja, dan mungkin anda perlu mempunyai sesuatu yang unik sebelum menceburi bidang yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd