Firefox Bakal Memudahkan Pembacaan Pada Web Melalui Focus Mode

Firefox Bakal Memudahkan Pembacaan Pada Web Melalui Focus Mode

Diterbitkan pada Feb 16, 2012 oleh .

Nampaknya, sepanjang tahun ini, Mozilla mensasarkan pelbagai perkara menarik untuk pelayar web mereka, Firefox. Setelah memperkenalkan pembangunan pantas, dimana versi baru diperkenalkan setiap enam minggu, kini Firefox disasarkan untuk menerima antaramuka baru, serta menariknya, turut akan menyertakan aplikasi pembacaan mereka tersendiri dikenali sebagai Focus Mode.

Melalui fungsi Focus Mode yang bakal didatangkan pada pelayar web Firefox, ia bakal membolehkan para pengguna membaca kandungan pada sesuatu web itu dengan mudah tanpa terganggu dengan pelbagai perkara lain. Ianya juga amat bersesuaian untuk membaca artikel-artikel dan rencana yang panjang, pada masa yang sama membolehkan anda memfokuskan padanya, tanpa terganggu dengan perkara lain.

Fungsi ini masih lagi pada peringkat awal perancangan, dan dijangka akan diperkenalkan pada Firefox dalam tahun ini.


TIPS & ULASAN