Buat masa ini, sokongan Timeline hanya diperkenalkan kepada pengguna profil Facebook sahaja. Dan nampaknya, sokongan tersebut akan diperluaskan kepada halaman Facebook Pages tidak lama lagi, membolehkan seluruh laman Facebook mempunyai antaramuka penggunaan yang lebih kurang sama antara satu sama lain.
Ia diperkatakan sokongan tersebut akan diperkenalkan dalam bentuk beta kepada beberapa rakan kerjasama Facebook tidak lama lagi. Info berkaitan dengan perkara ini dijangka akan diketahui pada 29 Februari ini pada acara fMC, sebuah acara yang memfokuskan kepada para pemasar sosial.
Facebook sebelum ini, telah pun mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan kemaskini Timeline kepada semua secara berperingkat, selain sokongan yang lebih kurang sama juga dilihat pada Facebook Groups sebelum ini.