Cari @ Amanz

Selain daripada Firefox, Mozilla juga mempunyai perancangan khas untuk klien emel mereka yang popular, iaitu Thunderbird. Semua sedia maklum yang mana Thunderbird kini turut mengikuti fasa pembangunan yang serupa dengan Firefox, iaitu versi terkini dilancarkan setiap enam minggu. Dan salah satu fungsi yang bakal diperkenalkan padanya pada tahun ini adalah sokongan integrasi Dropbox padanya.

Buat masa ini, ianya masih pada peringkat perancangan, dan disasarkan untuk dilancarkan bersama-sama dengan Thunderbird 13 dalam beberapa bulan lagi. Melaluinya, Mozilla ingin memudahkan penghantaran fail-fail bersaiz besar, tanpa perlu menghadapi sebarang masalah.

Selain daripada Dropbox, beberapa alternatif lain juga turut difikirkan oleh mereka, dimana sebaik sahaja emel dengan fail bersaiz besar dihantar, ia akan secara automatik memuat-naik fail ke Dropbox untuk dikongsi bersama penerima.

Untuk makluman, Hotmail menyokong fungsi ini melalui Skydrive, membolehkan para pengguna menghantar fail bersaiz besar seperti gambar, dokumen dan sebagainya. Dengan menyertakan sokongan Dropbox dan lain-lain, semestinya ia sekaligus akan memudahkan pengguna menghantar dan menerima emel mereka, dan terus menggunakan Thunderbird dalam urusan harian mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd