UTeM Memperlihatkan Aplikasi Android Untuk Mengetahui Logo Halal Jakim Asli

UTeM Memperlihatkan Aplikasi Android Untuk Mengetahui Logo Halal Jakim Asli

Diterbitkan pada Feb 16, 2012 oleh .

Hari demi hari, pelbagai makanan baru hadir di pasaran seluruh negara, dan bagi para pengguna muslim, mungkin anda ingin mendapatkan info yang tepat, seperti adakah ianya menggunakan logo Halal yang asli ataupun tidak. Untuk mengatasi masalah ini, kini UTeM memperlihatkan sebuah aplikasi ringkas daripada mereka untuknya.

Aplikasi yang dikenali sebagai Jakim Halal Logo Recognition System ini dibangunkan untuk peranti Android. Namun begitu, ianya masih tidak dilancarkan kepada umum buat masa ini.

Melalui aplikasi tersebut, ia menggunakan sokongan kamera terbina untuk mengimbas logo Halal tersebut, dan seterusnya menganalisa dengan pantas mengikut paparan gambar dan kedudukan sesuatu perkara, seterusnya mengesahkan samada adakah ianya logo Jakim yang benar ataupun tidak.

Menurut pembangunnya juga, aplikasi ini disasarkan untuk dilancarkan seawal bulan Mac kelak, dan mungkin akan diperkenalkan kepada pelbagai platform lain dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN