Dengan dunia aplikasi mudah-alih yang semakin mendapat perhatian, kini bukan sahaja pensyarah yang memfokuskan kepada pembangunan dan kajian mengenainya, tetapi juga pelajar, dimana kini dua aplikasi mudah-alih diperlihatkan oleh pelajar sebagai projek pembelajaran mereka, iaitu Fthat dan juga LocalDeal.
FThat
FThat merupakan salah satu aplikasi Android yang menggunakan data daripada Facebook dan juga Google Maps. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna Facebook mengetahui lokasi rakan-rakan mereka, serta pada masa yang sama mengikuti apakah acara berhampiran dengan mereka. Ia juga disertakan dengan sokongan permesejan, membolehkan anda berhubung dengan rakan-rakan yang lain dengan mudah andai kata tersesat jalan ataupun sebagainya.
LocalDeal
LocalDeal pula, membawakan pengiklanan dan tawaran harian (diskaun harian) dalam bentuk geolokasi melalui aplikasi tersebut. Ia memfokuskan kepada dua kumpulan pengguna berbeza, dimana pengguna boleh mengetahui apakah tawaran berdekatan mereka, manakala pengguna korporat pula boleh menghantar iklan dan tawaran mereka terus melaluinya. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma kepada kedua-dua pengguna.
Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun fail berbentuk APK terus daripada laman rasmi Fthat ataupun LocalDeal, dan menggunakannya pada peranti Android anda hari ini.