Facebook Menguji Sistem Spam Pada Bahagian Komen Di Status

Facebook Menguji Sistem Spam Pada Bahagian Komen Di Status

Diterbitkan pada Feb 16, 2012 oleh .

Salah satu masalah sebelum ini pada komen Facebook adalah dimana beberapa pengguna gemar menghantar komen berbentuk spam, dan ianya agak sukar untuk dikawal. Kini, nampaknya, Facebook sendiri cuba mengatasi perkara ini, dengan menyemak kesemua komen secara automatik, dan melabelkan beberapa komen sebagai spam, dan memberikan pemilik Facebook Page untuk membuang label tersebut.

Ia masih tidak diketahui bagaimanakah Facebook melablekan sesuatu komen itu spam dan sebagainya. Namun, mungkin salah satu fungsi yang perlu didatangkan sekali adalah kebolehan untuk menandakan sesuatu komen itu spam, berbanding sebelum ini yang perlu memadamkannya.

Walaubagaimanapun, ianya merupakan salah satu penambahan yang baik, dan mungkin kita akan terus dapat melihat ianya berkembang, dan terus mengatasi masalah komen pada Facebook secara berperingkat.


TIPS & ULASAN