Unimas Memperlihatkan Aplikasi Berasaskan Teknologi Augmented Reality

Unimas Memperlihatkan Aplikasi Berasaskan Teknologi Augmented Reality

Diterbitkan pada Feb 16, 2012 oleh .

Nampaknya, teknologi Augmented Reality akan terus mendapat perhatian sepanjang tahun ini daripada para pembangun tempatan dan juga antarabangsa. Selepas salah seorang pembangun memperkenalkan aplikasi Vinode, kini Universiti Malaysia Sarawak turut sama memperlihatkan aplikasi dengan fungsi yang serupa, tetapi dengan pelbagai nilai tambah, dan fungsi yang interaktif.

Unimas membawakan beberapa aplikasi berbentuk Augmented Reality, dimana jumlah sebenarnya tidak diketahui kami. Salah satunya dikenali sebagai ARUT Android Browser (Augmented Reality Utility Toolkit). Walaubagaimanapun, semuanya masih lagi pada peringkat ujian, dan tidak diketahui samada akan dilancarkan kepada umum ataupun tidak.

Melalui ARUT, ia membolehkan para pengguna mengetahui jarak antara satu lokasi dengan yang lain. Pada masa yang sama, mereka juga boleh memilih sesuatu tempat sebagai destinasi, seperti stesen minyak, kedai makan dan sebagainya, serta memilih dalam berapa jarak perbezaan, seperti dalam lingkungan 3km, dan ia akan dipaparkan pada skrin tersebut.

Selain daripada itu, salah satu aplikasi yang lain adalah untuk pembacaan, dimana ia memaparkan info seperti gambar dan teks secara berasingan pad skrin telefon pintar.

Unimas juga turut sama membawakan teknologi Augmented Reality setahap kehadapan lagi, dimana turut menyertakan sokongan menghasilkan animasi terus padanya. Melalui demonstrasi yang diperlihatkan kepada kami, mereka hanya mengimbas sebuah gambar sistem solar, dan menariknya, pada telefon pintar, ianya diperlihatkan dalam bentuk animasi yang menarik sekali.

Menurut pembangunnya, melalui teknologi tersebut, ia akan membolehkan para pengguna hanya pergi ke sesuatu lokasi dan mengimbas jenama atau logo syarikat tersebut, dan mengetahui apakah tawaran mereka, dan sebagainya. Beberapa rakan kerjasama juga telah dikenal-pasti oleh mereka, dan mungkin akan dikomersialkan tidak lama lagi sekiranya berjalan lancar.


TIPS & ULASAN