(Video) Fungsi Yang Dibawakan Oleh OS X 10.8 Mountain Lion

(Video) Fungsi Yang Dibawakan Oleh OS X 10.8 Mountain Lion

Diterbitkan pada Feb 17, 2012 oleh .

Apple telah membuat kejutan kepada semua pengguna seluruh dunia dengan memperkenalkan OS X Mountain Lion kepada para pembangun pada malam semalam. Dan dalam memberikan pandangan pertama berkenaan apakah yang bakal dibawakan oleh mereka melalui Apple Mac OS X 10.8 Mountain Lion, Apple turut sama telah menyediakan sebuah video ringkas, mengenainya.

Seperti semua sedia maklum, melalui Mountain Lion, Apple memfokuskan untuk menjadikan dua platform terkemuka mereka, iaitu iOS dan juga OS X serasi, dan memperlihatkan fail yang serupa dengan sokongan iCloud. Pelbagai fungsi pada iOS, seperti sokongan notifikasi, Messages dan sebagainya turut diperkenalkan pada OS X 10.8 Mountain Lion.

Buat masa ini, ianya hanya boleh diakses oleh ahli Mac Developer Program sahaja, dan akan diperkenalkan kepada para pengguna OS X Lion sebagai kemaskini dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN