Cari @ Amanz

Setelah Google Drive mula kelihatan pada halaman Google Cache, kini antaramuka awal perkhidmatan tersebut mula kelihatan, dimana ia menyerupai kepada perkhidmatan popular Google Docs, dengan kebolehan untuk para pengguna memuat-naik sebarang bentuk fail padanya. Ia masih tidak diketahui samada adakah perkhidmatan itu adalah penjenamaan semula untuk Google Drive ataupun sebaliknya.

Pada masa yang sama, salah satu perkara yang kelihatan pada bahagian menunya adalah menu pemasangan Google Drive. Ia sekaligus mengesahkan yang mana Google Drive bakal menawarkan aplikasi desktop seumpama Dropbox, membolehkan para pengguna mengakses fail di awanan pada bila-bila masa mereka kehendaki, samada melalui desktop mahupun aplikasi khas untuk Android dan lain-lain.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan Google Drive bakal dilancarkan dalam beberapa minggu atau bulan lagi. Dan dengan sedikit demi sedikit data yang mula kelihatan ini, mungkin kita akan dapat melihat pelancarannya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd