Rakan Kerjasama Untuk Peranti Mozilla B2G Akan Diketahui Pada MWC

Rakan Kerjasama Untuk Peranti Mozilla B2G Akan Diketahui Pada MWC

Diterbitkan pada Feb 17, 2012 oleh .

Selain daripada pelayar web Firefox dan juga klien emel Thunderbird, Mozilla juga pada tahun ini memfokuskan kepada pembangunan sistem operasi mudah-alih mereka yang dikenali sebagai Boot2Gecko (B2G), dimana melaluinya mereka memfokuskan kepada penggunaan enjin Gecko dan juga HTML, sama seperti digunakan pada pelayar web Firefox.

Ia masih lagi pada fasa awal pembangunan dan perlu melalui pelbagai fasa lain sebelum stabil dan dilancarkan kepada umum. Melalui latar masa pembangunan, B2G disasarkan untuk mencapai fasa stabil pertama sekitar suku tahun kedua tahun 2012 ini. Dari segi antaramuka yang digunakan, ia kelihatan menarik sekali, dan selari dengan antaramuka pada sistem mudah-alih pada masa kini.

Beberapa pengeluar peranti juga djangka akan membuat pengumuman bersama mereka pada acara MWC bulan ini kelak. Walaubagaimanapun siapa yang terlibat masih tidak dikeahui lagi.


TIPS & ULASAN