Google Ingin Menjana Dan Menyimpan Kata Laluan Anda Melalui Chrome

Google Ingin Menjana Dan Menyimpan Kata Laluan Anda Melalui Chrome

Diterbitkan pada Feb 17, 2012 oleh .

Google Chrome merupakan salah satu pelayar web yang semakin meningkat popular dari hari ke hari. Selain daripada pengurus kata laluan yang terbina pada pelayar web tersebut, kini Google juga dalam perancangan untuk menjana dan menyimpan kata laluan anda secara rawak, sekaligus memperkatakan akan meningkatkan keselamatan setiap akaun anda.

Perkara ini adalah kerana Google tidak ingin para pengguna menjadi mangsa kepada laman-laman phsishing. Kebanyakkannya jatuh dalam perangkap phishing adalah kerana para pengguna sendiri mengingati kata laluan, dan perkara ini ingin diatasi oleh Google dengan mereka menyimpan kata laluan rawak yang sukar diingati.

Walaubagaimanapun, pelayar web tersebut sendiri akan menyertakan kata laluan tersebut ketika mereka menggunakannya pada laman yang betul, termasuk memasukkan kata laluan dalam kotak log masuk, serta ketika ingin mengubah kata laluan dan sebagainya. Sebuah halaman khas untuk pengurusan kata laluan juga akan diperkenalkan oleh mereka.

Fungsi ini masih pada peringkat draft, dan tidak diketahui bilakah ianya akan diperkenalkan pada pelayar web mereka.


TIPS & ULASAN