EA Memperkenalkan Permainan The Sims FreePlay Untuk Platform Android

EA Memperkenalkan Permainan The Sims FreePlay Untuk Platform Android

Diterbitkan pada Feb 17, 2012 oleh .

Peminat permainan The Sims? Kini, Electronic Arts telah pun mengeluarkan permainan The Sims FreePlay untuk para pengguna Android, dimana menariknya, permainan tersebut diedarkan secara percuma, dan boleh dimuat-turun daripada Android Market tanpa membayar sebarang wang, berbeza dengan permainan-permainan yang lain.

Walaubagaimanapun, setiap pengeluar permainan perlu menjana wang, dan melalui The Sims FreePlay, bagi para pemain yang ingin menghabiskan permainan dengan lebih pantas, ataupun mahukan sesuatu yang lebih, boleh membuat pembelian terus melalui aplikasi tersebut beberapa perkara dan kuasa tambahan.

Melalui The Sims FreePlay, ia membawakan permainan yang menyerupai permainan Sims yang lain, dimana para pengguna boleh mengawal seorang watak Sims, dan seterusnya merekabentuk rumah mereka, menjaga peliharaan mereka, memberikan mereka kerjaya, dan membuat beberapa perkara lagi.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan The Sims FreePlay yang bersaiz hampir 600Mb ini secara percuma daripada Android Market hari ini.


TIPS & ULASAN