Celcom Menawarkan Samsung Galaxy Tab 7.7 Pada Harga Serendah RM1409

Celcom Menawarkan Samsung Galaxy Tab 7.7 Pada Harga Serendah RM1409

Diterbitkan pada Feb 17, 2012 oleh .

Selain daripada DiGi, kini Celcom turut sama telah menambah tablet terkini daripada Samsung, iaitu Samsung Galaxy Tab 7.7. Melalui pakej yang ditawarkan oleh Celcom, para pengguna boleh mendapatkan tablet yang berharga RM2099 ini pada harga serendah RM1409 bersama-sama dengan komitmen bulanan bersama Celcom.

Untuk pengetahuan, Galaxy Tab 7.7 merupakan tablet pertama yang didatangkan dengan paparan Super AMOLED Plus, dan menggunakan Android 3.2 Honeycomb padanya. Samsung sebelum ini telah menjanjikan akan memperkenalkan kemaskini Ice Cream Sandwich padanya, tetapi tarikh pasti untuknya masih tidak diketahui.

Melalui Galaxy Tab 7.7, ia turut membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.4GHz, kamera 3-megapixel pada bahagian belakang, dan 2-megapixel pada bahagian hadapan, serta didatangkan bersama storan terbina sebesar 16GB.

Celcom menawarkan peranti tersebut dengan beberapa pilihan pelan, bermula daripada komitmen bulanan serendah RM48, sehinggalah kepada RM98. Para pengguna juga boleh mendapatkannya melalui DiGi pada pelan berbeza, serta terus membelinya tanpa sebarang komitmen terus melalui pengedar rasmi Samsung seluruh negara pada harga RM2099.


TIPS & ULASAN