Microsoft Memperkenalkan Logo Baru Untuk Windows 8

Microsoft Memperkenalkan Logo Baru Untuk Windows 8

Diterbitkan pada Feb 18, 2012 oleh .

Nampaknya, ura-ura berkaitan perubahan logo Windows adalah benar, apabila hari ini, Microsoft secara rasminya mengumumkan mengenai logo baru Windows 8, yang mana turut membawakan antaramuka Metro pada logo mereka. Namun, mungkin perubahan ini tidak begitu diminati oleh para pengguna dan peminat Windows yang sedia kenali akan logo sistem operasi tersebut dengan empat warna.

Menurut Microsoft, melalui penggunaan logo baru pada Windows 8, mereka menerapkan kedua-dua ciri-ciri moden dan juga klasik padanya. Ia juga membawakan rekabentuk tetingkap yang lebih tepat lagi.

Berkemungkinan dengan pengumuman ini, kita akan dapat melihat Windows 8 Consumer Preview yang bakal dilancarkan didatangkan bersama-sama logo boot yang serba baru, serta beberapa perubahan didalamnya.

Jadi, apakah pendapat anda berkenaan dengan logo baru Windows 8 ini?


TIPS & ULASAN