Angka Muat-Turun Aplikasi Daripada AppStore Menghampiri 25 Billion

Angka Muat-Turun Aplikasi Daripada AppStore Menghampiri 25 Billion

Diterbitkan pada Feb 18, 2012 oleh .

Apple nampaknya telah pun memulakan pengiraan untuk menyambut angka muat-turun aplikasi yang ke 25 billion daripada Apple AppStore, sekaligus turut sama menawarkan baucer bernilai US$10,000 untuk pengguna bertuah yang memuat-turun aplikasi yang ke-25 billion daripada AppStore mereka.

Untuk makluman, AppStore merupakan kedai aplikasi untuk para pengguna peranti iOS, membolehkan mereka memuat-turun aplikasi percuma dan berbayar melaluinya.

Apple telah memulakan kedai aplikasi mereka pada tahun 2008, dan sejak daripada itu ia telah berkembang pesat, dan ia merupakan kedai aplikasi terbesar buat masa ini, mengalahkan pelbagai platform lain.

Mengekori rapat dibelakang AppStore adalah Android Market daripada Google, selain Microsoft juga turut memberikan fokus kepada Windows Phone Marketplace. Nokia dan juga RIM turut sama masing-masing mempunyai kedai aplikasi mereka tersendiri, iaitu Nokia Store (Ovi Store) dan juga BlackBerry AppWorld.


TIPS & ULASAN