Cari @ Amanz

Walaupun terdapat beberapa aplikasi web dengan fungsi serupa daripada pembangun luar, kini salah satu syarikat tempatan, Andromeda Digital turut sama membawakan aplikasi web dengan fungsi utama untuk berkongsi senarai muzik dan lagu kegemaran anda bersama-sama dengan yang lain, dikenali sebagai Choruzz.

Melalui laman Choruzz, ia membolehkan para pengguna membuat senarai lagu kegemaran mereka dengan mudah. Menariknya adalah tiada sebarang pendaftaran diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut, dan sesiapa sahaja boleh terus menggunakan laman tersebut serta merta.

Setiap lagu yang dipilih juga ditarik daripada laman YouTube, dimana anda boleh berkongsi senarai lagu yang dibuat oleh anda bersama yang lain, dan mereka boleh menikmati lagu tersebut, tanpa perlu memuat-turun atau menghiraukan perlesenan lagu dan sebagainya.

Namun, ujian untuk menyimpannya dalam koleksi melalui sokongan Facebook Connect seperti gagal, dan mungkin ia masih pada peringkat pembangunan buat masa ini. Walaubagaimanapun, anda masih boleh membina senarai lagu anda dan berkongsi dengan yang lain melalui pautan ringkas yang dihasilkan oleh Choruzz.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd