Perkhidmatan TV Percuma – Astro NJOI Dilancarkan Untuk Semua

Perkhidmatan TV Percuma – Astro NJOI Dilancarkan Untuk Semua

Diterbitkan pada Feb 18, 2012 oleh .

Ingatkah lagi perkhidmatan Astro NJOI yang disebutkan sebelum ini? Kini, perkhidmatan tersebut telah pun dilancarkan secara rasminya, membolehkan mereka yang berminat untuk mendapatkannya. Buat masa ini, Astro NJOI menawarkan 18 saluran televisyen dan juga 19 saluran radio, kesemuanya secara percuma.

Bagi yang masih tertanya-tanya akan perbezaan antara NJOI dan saluran berbayar Astro yang biasa, melalui NJOI, para pengguna tidak perlu membayar sebarang yuran bulanan, dimana mereka hanya perlu membeli dekoder khas untuknya pada harga RM288, dan membayar yuran pemasangan sebanyak RM100.

Dengan dunia internet yang semakin bekembang pantas, mungkin ramai yang tidak lagi menghabiskan masa dihadapan televisyen, dan mungkin boleh menamatkan perkhidmatan televisyen berbayar mereka, dan melanggan perkhidmatan NJOI ini, yang mana memfokuskan kepada pendidikan dan berita buat masa ini.

Bagi pengguna Astro sedia ada yang ingin beralih kepada perkhidmatan NJOI, mereka perlu membayar yuran sebanyak RM99 untuknya. Selain daripada NJOI, pada tahun lepas, Astro juga turut sama telah memperkenalkan perkhidmatan Astro IPTV kepada umum.

Jadi, adakah selepas ini pelanggan berbayar Astro akan beralih kepada NJOI?

TIPS & ULASAN