Pemain Media Sumber Terbuka Popular, VLC 2.0 Sedia Untuk Dimuat-Turun

Pemain Media Sumber Terbuka Popular, VLC 2.0 Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Feb 19, 2012 oleh .

Setelah melalui pelbagai fasa pembangunan dan menawarkannya dalam bentuk RC sebelum ini, kini pemain media VLC daripada VideoLAN telah pun mencapai versi 2.0, dan dilancarkan kepada semua pengguna Windows, OS X dan juga Linux, membolehkan mereka menikmati pemain video popular tersebut dengan pelbagai ciri-ciri tambahan.

Melalui VLC Media Player 2.0, ia didatangkan dengan pelbagai peningkatan, termasuk sokongan memainkan lebih banyak format, dan juga sokongan Blu-Ray padanya. Ia turut membawakan beberapa peningkatan pada antaramuka mereka, serta memfokuskan kepada memudahkan penggunaan pemain media tersebut.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun VLC 2.0 untuk OS X, Windows dan juga Linux hari ini, dan mula menguji pelbagai fungsi baru yang didatangkan padanya hari ini.

Tips awal daripada Abdul Karim.


TIPS & ULASAN