Opera Mini Dan Opera Mobile Baru Bakal Diperlihatkan Pada MWC

Opera Mini Dan Opera Mobile Baru Bakal Diperlihatkan Pada MWC

Diterbitkan pada Feb 19, 2012 oleh .

Opera Mini dan juga Opera Mobile merupakan dua pelayar web mudah-alih yang popular diseantero dunia, dimana ramai pengguna mudah-alih yang amat gemar menggunakan perisian tersebut sebagai ganti kepada pelayar web terbina pada pelayar web mereka. Kini, pembangunnya, mensasarkan untuk memperlihatkan versi terbaru aplikasi mereka itu pada acara MWC pada penghujung bulan ini.

Menurut mereka, Opera Mini dan juga Opera Mobile yang terbaru akan turut sama memfokuskan kepada aspek-aspek sosial yang semakin popular dikalangan pengguna internet pada masa sekarang ini. Beberapa perkara baru juga dijangka akan diperkenalkan oleh mereka pada MWC di Barcelona penghujung bulan ini kelak.

Selain daripada Opera, baru-baru ini Mozilla dan juga Google turut sama memfokuskan kepada pembangunan pelayar mudah-alih mereka. Namun, dari segi pasaran, ianya masih didahului oleh Opera dengan lebih 160 juta pengguna seluruh dunia.


TIPS & ULASAN