Jikalau sebelum ini, Google menawarkan Android Developer Training melalui laman web rasmi mereka, menyediakan beberapa info berkaitan pembangunan aplikasi untuk Android, kini Apple mengikut jejak yang sama, dengan menyediakan tutorial berperingkat untuk mereka yang berminat mempelajari pembangunan aplikasi iOS.
Melaluinya, ia dibahagikan kepada beberapa peringkat, membolehkan semua pembangun mempelajari setiap perkara dan aspek dalam pembangunan aplikasi untuk platform iOS, salah satu platform dengan bilangan aplikasi terbanyak buat masa ini.
Beberapa hari sebelum ini, Apple turut sama telah menerbitkan halaman khas untuk mengira pemuat-turun aplikasi iOS yang ke 25 billion, dimana mereka yang bertuah akan memenangi hadiah berbentuk Gift Voucher bernilai $10,000 daripada Apple.