Cari @ Amanz

Saiz peranti mudah-alih yang dihasilkan semakin membesar dari hari ke hari, sekaligus menyatukan antara keluarga telefon pintar dan juga tablet. Jikalau Dell mempunyai Streak, dan Samsung dengan Galaxy Note, kini LG muncul dengan Optimus Vu, salah satu peranti mudah-alih berasaskan Android bersaiz 5-inci.

LG mengumumkannya secara rasmi peranti ini pada hari ini, lebih awal daripada Mobile World Congress. Melalui LG Optimus Vu, ia membawakan skrin sentuh seluas 5-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, kamera belakang 8-megapixel dan juga menyokong rangkaian LTE padanya. Ia juga menggunakan Android 2.3 Gingerbread, dan dijangka akan menerima kemaskini Ice Cream Sandwich tidak lama lagi.

Buat masa ini, bilakah ianya akan memasuki pasaran Malaysia, mahupun info berkaitan harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar lebih mengenainya dalam masa terdekat ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd