Cari @ Amanz

Utter! Membawakan Input Bantuan Suara Yang Lebih Baik Dan Berbeza

Oleh Aman

Link Copied!

Terdapat beberapa aplikasi yang menyediakan sokongan bantuan berasaskan suara pada platform Android. Dan kebanyakkannya nampak biasa sahaja. Namun, aplikasi Utter! yang serba baru untuk Android kini membawakan perbezaan pada aplikasi berasaskan bantuan suara, dengan memahami input dengan lebih baik, serta boleh berinteraksi dengan pengguna seperti rakan biasa.

Melalui Utter! ia didatangkan dengan sokongna integrasi bersama-sama pelbagai aplikasi Android, membolehkan anda mengaksesnya serta-merta dengan hanya sedikit input suara. Namun, sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu aplikasi itu, ia membuka pelayar web dan menawarkan informasi melaluinya.

Dari video yang dipaparkan, Utter! menawarkan pelbagai informasi dan tidak banyak bercakap seperti pesaingnya yang lain. Namun, ini tidak bermakna ia tidak boleh bercakap. Melalui Utter!, selain daripada boleh menawarkan informasi, ia juga turut sama boleh menjadi rakan bercakap anda, dimana melalui video tersebut juga, ia diperlihatkan, Utter! boleh menjadi seperti rakan biasa, dan bersembang dengan anda.

Buat masa ini, ia masih dalam pembangunan, dan semestinya apabila ia dilancarkan, akan menerima pelbagai reaksi positif daripada para pengguna Android.


Komen ()