Cari @ Amanz

HP Malaysia hari ini telah pun memperkenalkan HP Envy 14 Spectre kepada para pengguna tempatan, sekaligus membawakan ultrabook terbaru daripada mereka itu memasuki pasaran tempatan. Ultrabook daripada HP yang diperlihatkan pada CES awal bulan Januari lepas ini hanya akan mula dijual di Malaysia bermula daripada bulan April 2012 ini, pada harga sekitar RM4,999.

Melalui HP Envy 14 Spectre, ia membawakan rekabentuk badan yang amat menarik sekali, berbeza dengan beberapa ultrabook yang lain, didatangkan dengan tiga lapisan kaca padanya.. Ia dijana menggunakan cip pemprosesan Intel i5, skrin bersaiz 14-inci, memori dengan pilihan 4GB atau 8GB DDR3, dan pelbagai sokongan yang lain. Dari segi audio, ia menggunakan sistem audio Beats (seperti pada peranti HTC), dan menggunakan sistem operasi Windows 7.

Dari segi ketahanan bateri pula, ia diperkatakan mampu bertahan sehingga 9.5 jam. Sama seperti beberapa ultrabook lain, ia juga didatangkan dengan sokongan memulakan sistem serta-merta dan lain-lain lagi.

Jadi, bagi anda yang menantikan untuk membeli ultrabook, mungkin boleh menantikan penjualannya di Malaysia pada bulan April ini kelak, dan membuat perbandingan dengan ultrabook yang lain.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd