Cari @ Amanz

ZTE adalah antara pengeluar terkemuka di dunia, menduduki tangga 5 teratas, dan semestinya mereka tidak ingin tertinggal dalam melancarkan peranti mereka pada acara MWC 2012 pada minggu hadapan. Mengambil langkah awal, hari ini, ZTE telah pun memperkenalkan dua peranti baru mereka, iaitu ZTE PF200 dan juga ZTE N910, dimana kedua-duanya akan diperlihatkan pada minggu hadapan di MWC.

Kedua-dua peranti ini, bakal membawakan sokongan rangkaian LTE padanya, dan menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya.

Melalui ZTE PF200, ia membawakan skrin sentuh QHD bersaiz 4.3-inci, cip pemprosesan 1.2GHz, dan didatangkan bersama-sama kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, dan juga kamera hadapan dengan sokongan panggilan video. Sokongan NFC yang kian popular juga turut hadir pada peranti ini.

ZTE N910 pula merupakan peranti dengan spesifikasi yang rendah sedikit, dimana membawakan skrin seluas 800×480, kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera hadapan untuk panggilan video, dan pelbagai sokongan asas yang lain. Dari segi cip pemprosesan, ia menggunakan cip pemprosesan 1.5GHz padanya.

Kedua-dua peranti ini dijangka akan hadir dipasaran dalam masa beberapa bulan selepas itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd