Cari @ Amanz

Nampaknya, langkah seterusnya untuk Angry Birds adalah mensasarkan untuk menerbitkan dan memasarkan permainan mereka dalam bahasa ibunda para pengguna. Langkah ini dapat dilihat, dimana pada hari ini, pihak Rovio telah pun mempromosikan Angry Birds pada platform Facebook dalam bahasa Melayu, mensasarkan pasaran Malaysia dan juga Indonesia.

Perkara ini bukanlah pertama kali, dimana sebelum ini, pada 14 Februari yang lepas, ketika pelancaran mereka turut menggunakan bahasa Melayu, memandangkan pelancarannya dilakukan secara rasmi di Indonesia. Di Malaysia sendiri fenomena permainan ini tidak ketinggalan, dimana rekod dunia untuk permainan yang dimainkan silih berganti dipegang oleh Malaysia menggunakan permainan Angry Birds pada tahun lepas.

Akhir-akhir ini, pelbagai jenama turut sama memfokuskan kepada rantau Asia Tenggara yang dilihat semakin berkembang dengan pesat dari hari ke hari. Beberapa syarikat juga turut sama memulakan operasi mereka disini, memperlihatkan pasaran yang besar, dan pengguna peranti pintar yang meningkat dari hari ke hari.

Jadi, adakah kita akan dapat melihat Angry Birds versi bahasa Melayu tidak lama lagi? Burung Marah?

Tips awal daripada Nazrien.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd