Cari @ Amanz

Nampaknya, selain daripada pemain video sumber terbuka terkemuka, VLC yang mencapai versi 2.0 sebelum ini, kini mengikuti jejak langkahnya adalah aplikasi editor audio Audacity yang turut bakal mencapai versi 2.0 tidak lama lagi. Buat masa ini, Audacity 2.0 RC2 telah pun dikeluarkan, memperlihatkan versi akhirnya akan muncul dalam masa terdekat ini.

Bagi yang tidak mengenali akan aplikasi Audacity, ia merupakan perisian sumber terbuka yang memudahkan merakam dan mengedit audio dan juga bunyi. Ia ditawarkan untuk pelbagai platform, termasuk Windows, OS X, dan juga Linux.

Melalui Audacity 2.0 kelak, ia akan membawakan pelbagai peningkatan, termasuk sedikit perubahan pada antaramuka, kebolehan untuk menguruskan audio dengan lebih baik, memudahkan pengurusan input dan output, dan juga sokongan jenis audio yang ditambah lagi.

Bagi yang berminat, mungkin anda boleh menguji versi pembangunan Audacity 2.0 ini, ataupun menantikan versi stabilnya dikeluarkan dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd